Bagaimana Belajar Matematik??

Di sini ada beberapa perkara penting yang perlu diingati bila mempelajari matematik... Belajar matematik adalah seperti mempelajarai bahasa lain, pada mulanya memang susah tapi perlahan-perlahan ia akan menjadi mudah. Banyak konsep matematik adalah saling berkaitan antara 1 sama lain... bermakna memahami satu-satu konsep akan memudahkan anda memahami beberapa konsep lain. Rasa kecewa bila tidak dapat menyelesaikan masalah/soalan matematik bukannya masalah besar, ia semulajadi & sebahagian daripada proses pembelajaran... jadi jangan putus asa.

Langkah2..

1. Cari masa belajar. Pastikan anda belajar matematik 1 jam sehari dgn sungguh2.

2. Pelajari banyak istilah matematik supaya anda tdk kecewa bila menemui istilah tersebut... dgn cepat anda akan mengetahui maknanya.

3. Dptkan beberapa buku rujukan. Dgn cara begini, cara penerangan yg berlainan dr beberapa buku akan memudahkan anda memahami konsep sebenar.

4. Rajin2lah merujuk semula konsep2 lama. Kebanyak konsep adalah berkaitan, jd dgn mengetahui banyak konsep, akan membantu anda memahami sesuatu konsep dlm matematik.

5. Buat latihan banyak2... termasuklah salan2 dr buku2 lain. Ini dpt membantu anda memahami tajuk2 yg berlainan.

6. Jgn malu bertanya/menyoal. Bertanyalah bila anda tdk mengetahui sesuatu cara/teknik/kaedah matematik.

No comments:

Post a Comment